Link_Me .
Thank .
Host:01 02 03
Images Source:04 05 06

E530: Replaced
Tuesday, July 7, 2009
: 12.16 pm
: 7 July 2009 | Tuesday
: Kejap lagi dah harus tinggalkan rumah.
: Sweet 'n' Sour
: Tea
: Baju Tidur. Hahaha, busyuk lagi.
: Syurga Cinta again.
: Berganti Hati by Anggun.
Adeh, masa dah makin-makin suntuk giler. Beg suma dah siap packing tinggal barang-barang yang nak guna kejap lagi jerk. Alhamdulillah, beg tadi hampir-hampir kena tambah lagi satu tapi mak cakap bawa jer beg tarik yang besar itu. Hahaha, biasa arrr. Orang banyak anak macam aku memang kena bawa beg besar. Anak patung, okey. Bukan anak orang. =P Akhirnya, dua beg itu boleh dijadikan satu. Betul jugakkan, tapi beg tueh besar arr. Larat ke nak usung jap lagi? Then, semua dua beg itu akan dimasukkan dalam kereta dan aku harus tinggalkan rumah. Oh shit! Benci perasaan ini. Walaupun aku sedar perasaan ini akan hilang sebaik sahaja feri tinggalkan terminal, aku tetap benci. Tak suka! Tak suka! Oit Nad, semalam dah janjikan yang akan suka everything about this. Okey, okey. Suka! Suka! =) Jap tadi, sempat lagi layan citer Syurga Cinta untuk kali yang ke-empat. Hahaha, memang suka giler cerita itu. Walau untuk kali yang ke-empat, air mata nieh tetap mengenang setiap kali tiba part itu. Giler arrr sensitive. And, aku paling suka satu ayat nieh. Memang nak kongsi dari saat pertama aku tengok lagi tapi setiap kali lepas kuar panggung jerk, automatically hilang ingatan. So, nothing can I do lah. Irham: Syu, ape Syu akan buat kalau tiba-tiba orang yang Syu sayang tipu Syu dan tinggalkan Syu? Syu sedih tak?
Syuhadah: Jika seseorang itu hadir dalam hidup saya, dan menjadi sebahagian daripada saya, tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi. Jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan itu sekurang-kurang dia pernah membahagiakan saya. Jadi saya redha. Huhuhu, memang terkesan betullah part nieh. Dialognya meresap dari telinga terus ke hati. Lepas tueh, dengar pulak lagu Berganti Hati itu. Memang boleh buat airmata ini jatuh. Sudahlah, sekejap lagi memang akan banyak masa untuk termenung. Janganlah ada sesuatu yang menganggu keadaan hati yang rapuh sekarang nieh. Cukuplah semalam dengan berita kurang enak itu. Takpe, aku ada mata untuk melihat. Aku harap ianya tak seburuk yang aku sangkakan. Okeylah, nak mandi, makan dan haruslah bersiap-siap. Tapi, selera tengah mati nieh. Macam mana? Tetap juga kena makan sebab perlukan banyak tenaga untuk usung beg besar itu. Bunyinya macam besar sangatlah beg itu, bukan? Hahaha, besar tak besarlah tapi taklah berat sangat sebab ianya hanya dipenuhi oleh anak 'orang' tersebut. Hehehe, tolong jangan cakap " Alah, tinggalkan saja anak patung ko tueh. Umur dah 20 pun nak ada anak patung lagi." Tolonglah jangan cakap begitu. Sebab, anak patung itu sajalah akan jadi peneman duka lara bila ada project yang masuk tahap membunuh. Hahaha, paham-paham sendirilah. =P Kawan-kawan, insyaAllah kalau takde aral Khamis nanti kita jumpa di kolej sana. And, aku tak sabar nak tengok drama swasta dari stesen TV tak berdaftar itu. Gamak tak lalu nak tengok, kita muntahlah ramai-ramai biar dia ada tahap kesedaran yang tinggi. Hahaha, see you soon!
With Love; Nut Yaa 
E529: Ready To Move On
: 02:40 am
: 7 July 2009 | Tuesday
: Tak mahu balik Ipoh. Betul-betul tak mahu!
: -
: H2o
: Baju Kelawar
: Baby And Me
: Hanya Ingin Kau Tahu by Rebvplik
Malam tadi, aku berkesempatan ke tempat makan yang memang aku gemari. Dan malam nieh ada sempat snap gambar tempat tersebut. Cuma, makanan kegemaran aku yang satu itu tiada untuk malam ini. Huhuhu, takpelah. At least, aku sempat ke sana sebelum aku harus pulang esok. Belakang itu adalah lautan luas yer; Sesuai kalau nak berdating.Seriously, aku betul-betul tak ingin kembali ke Ipoh. Sungguh-sungguh tak ingin tapi aku harus balik ke sana untuk habiskan semua yang telah aku mulakan dua tahun dahulu. Aku t ak berniat untuk membenarkan hati aku berasa tak selesa dengan Ipoh. Aku tak pernah benar walau seinci pun perasaan itu hadir sebab aku mahu ada satu kenangan paling indah di sana. Tapi, akhirnya perasaan itu ada juga. Semuanya gara-gara 'kita' tak seperti dahulu. Barang-barang masih belum selesai dipacking. Biarkan, pagi nanti aku akan kemaskan semuanya. Sekarang, aku cuma perlu mengemaskan hati aku yang beria-ria tak mahu balik ke sana. Dan, aku masih memikirkan sama ada ingin membawa kenangan itu atau pun tidak. Bagaimana jika nanti aku terlalu perlukan benda itu? Tapi, haruskah aku bawa juga? If you can't avoid it, just enjoy it - Kdrama, Baby And Me. Yer, bila kita tak dapat untuk mengelakkan sesuatu, apa kata kita enjoy dengannya. Itu yang aku akan buat. Aku tahu aku tetap kena balik sana. So, aku nak enjoy kepulangan aku ini walaupun aku tahu hati aku nanti akan jadi berdenyut-denyut. Aku tak boleh elak, so aku akan cuba gembira untuk menerimanya. Aku dah bawa bekalan secukupnya untuk makanan aku jika aku tak ada apa-apa untuk dibuat sementara menunggu kedatangan Isnin; Hari pertama kuliah. Jadi, tolong jangan bertanya apa-apa. Aku sekadar mahu ignore semua benda yang buat aku tak seronok untuk kembali ke sana. Aku mahu membeli dua buah novel itu dan aku mahu masuk ke dunia itu. Bunyinya macam mulut aku akan menjadi berat buat seketika. Tapi hanya dengan 'kau' sahaja. And sekejap tadi, aku dapat tahu satu perkara. Dan sememangnya perkara itu telah aku agak sejak aku berbual dengannya di tetingkap maya tak lama dulu. Cuma menunggu untuk dicomfirmkan sahaja. Dan tadi, sudah ada yang mencomfirmkan perkara tersebut. Takpe, biarkan. Sekarang kau mudah, mungkin kau tak nampak apa fungsinya aku. Nanti bila perkara itu menyusahkan engkau, ignorekan saja aku. Itu sahaja permintaan aku. Mudah bukan? Okeylah, aku mahu tidur senyenyak-nyenyaknya di atas tilam bertemankan comforter kesayangan aku itu. Nite, salam.
With Love; Nut Yaa 
E528: Pelangi Masih Bersembunyi
Monday, July 6, 2009
Bila aku bersemangat, apa pun yang datang depan aku, ape pun yang aku kena lalui, semuanya akan jadi mudah. Sepayah manapun, aku tetap mampu laluinya dengan baik. Dengan senyuman. Tapi, bila aku down begini, everything jadi huru-hara dan tunggang-langgang. Hilang semua kekuatan, luruh semua semangat. Sampaikan, apepun yang menjadi urusan hati adalah termasuk dalam perkara-perkara sensitif aku. Selalunya, bila mood ini datang sememangnya aku akan banyak mengelak dari bercakap atau apa sekali pun. Kalau boleh nak ignore semua benda atas muka bumi ini. Tapi, tak bolehlahkan. Tuhan bagi mata untuk melihat, Tuhan bagi telinga untuk mendengar, jadi manalah mungkin untuk aku membutakan mata dan memekakkan telinga sedang pada zahirnya, aku dikurniakan semua nikmat itu. Syukur alhamdulillah.Semalamam, aku menonton siri drama Taiwan; The Magician of Love. Itulah drama yang berjaya menarik minat aku untuk menonton drama-drama dan filem-filem asing. First time tengok dulu kat TV8, main pada jam 7 hingga 8 malam. Memang time tueh, remote control tueh aku punya la. Lepas tueh, semayang Maghrib macam koboi jerk gayanya gara-gara cerita ini. Then, tahun lepas aku beli satu set cerita nieh dengan harga 60 ringgit kalau tak salah aku. Ada dua part and 22 keping CD. Puas hati aku. So, semalam aku layan lagilah untuk kali yang keberapa entah. Dah tak pasti tapi untuk pertama kalinya untuk cuti kali nieh. Hahaha, aku berlagok sket. Maklumlah, aku ada banyak cerita untuk dilayan pada cuti nieh,kan. Dan, semalam untuk pertama kalinya, cerita nieh berjaya menerbitkan air mata aku. Huhuhu... Kee Lan: Tahukah, kau kejam!
Richie: Lagi kejam kalau tak berpisah.
*crying* Bila tengok part nieh, ada air mata yang jatuh. Dan ada satu perkara yang masih menuntut penjelasan oleh aku. Persoalan itulah yang datang berputar ligat dari otak nieh. Sungguh, aku memang tak faham kenapa lelaki selalu memilih waktu yang salah untuk sakitkan hati perempuan? Soalan yang aku tak pernah ada jawapan sedari malam itu. Dan saat ini, persoalan itu kembali bermain-main dalam minda aku. Situasi dalam drama; Richie tahu yang Xiao Bei sedih sebab Du Ya Si nak ke England dengan Qing Kong, tetapi kenapa dia pilih waktu yang sama untuk putuskan hubungan dia dengan Xiao Bei dan tipu kononnya dia ada hubungan dengan Ke Lan? Dan situasi aku; Dia tahu yang aku dalam waktu genting saat itu, aku sedang final exam. Tapi, kenapa dia pilih waktu itu untuk putuskan hubungan dia dengan aku dan tipu kononnya dia dipaksa keluarga untuk berkahwin?Samakan situasi itu? Lantas, adakah jawapan paling wajar untuk keadaan itu? Itulah yang aku tak tahu. Aku mengaku, aku memang seorang yang perlukan sebab untuk setiap perbuatan. Walau sebab itulah yang bakal menyakitkan aku, aku tetap mahu tahu. Tapi, hingga sekarang aku tak pernah ada jawapan untuk soalan itu. Tak pernah! Dan aku akur, tak semua perbuatan itu ada sebab musababnya yang tersendiri. Kerna, kadang-kadang ada perkara yang berlaku itu diluar batas fikiran manusia. Huhuhu, Nad! Tolonglah, bila tengok cerita tueh tengok sajalah. Tak payah pikirkan ape-ape. Please! Inilah aku sebenarnya. Bila down saja, semuanya akan turut down sekali. Bila bersemangat, tengok video aku ngan dia pun aku boleh ketawa. Tapi, bila down begini cukup sekadar mengingati saja. Then, air mata boleh jatuh selebat-lebatnya. Aayook, semangat. Cepatlah kau pulih kembali. Dan aku ada pesanan sedikit untuk kawan-kawan. Maaflah, untuk kali ini aku tak dapat terima sebarang pesanan coklat dari kalian untuk aku bawa balik ke Ipoh. Sebab, beg aku sahaja sudah ada 3 biji; 1 beg tarik, 1 beg pegang saiz sederhana dan 1 beg laptop. Faham sajalah, aku pulang berseorangan dan kemudian nak naik feri dan lepas tueh nak naik bas lagi. Dan kemudiannya baru naik kereta. Maaf sangat-sangat. Tapi, jangan risau! Macam biasa, aku tetap bawa balik coklat untuk korang merasa sorang sedikit. At least, buat lepas kempunan korang la. Aku tahu korang suka coklat itu. Kadang-kadang Allah sembunyi matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, Rupanya, Allah memberi kita pelangi.Aku tahu aku takkan pernah dapat lihat lagi bagaimana sukanya dia bila dapat coklat dari aku. Cukuplah sekadar aku dapat lihat kawan-kawan aku tersenyum setiap kali dapat makan coklat itu. At least, aku tahu mereka menyukainya sebagaimana dia pernah mengemarinya. Wanie, citer Syurga Cinta dah siap download. Nanti kita layan beb!
With Love; Nut Yaa 
E527: Bila masa Kian Berganjak Pergi
Sunday, July 5, 2009
: 10:36 pm
: 5 July 2009 | Sunday
: Mencuba Meng'ignore'kan Rasa Hati. I Really Hate To Go!
: Jagung Rebus
: H2O
: Blue Shirt & Pants
: The Magician Of Love
: Ku Ingin Bahagia by Rina Rahman
Masa kian suntuk. Nothing can I do, sekadar mengikut aturan masa yang dah ditetapkan. Usah bertanya tentang mood, perasaan semua. Memang aku tengah down giler nieh. Tak ada apa pun yang mampu memujuk rasa hati aku sekarang nieh. Aku tahu perasaan ini akan hilang bila aku dah berada di sana nanti. Tapi, sakitnya untuk melalui satu fasa perasaan yang akan buat hati aku berdenyut-denyut. Dan malam ini, banyak sangat perkara yang menyentuh hati aku. Buat hati aku rasa sebak dan mata aku ingin menangis. Tapi untuk ape? Tak mahulah aku jadi macam budak-budak. Menangis sebab harus tinggalkan rumah. Tapi, kalau dah itu yang aku rasakan? Apa yang boleh aku buat? Yer, hati aku berat untuk tinggalkan rumah terutamanya mak dan adik. Aku tahu, sepanjang aku di rumah pun bukanlah apa sangat yang aku buat untuk mak. Bukanlah banyak sangat masa pun aku habiskan dengan adik. Tapi, s aat yang sekejap itulah yang buat aku rasa macam nieh. And, kalau boleh aku tak mahu jauh dengan mak. Even, aku bukanlah anak yang rajin menolong emaknya tapi untuk sesetengah perkara aku rasa aku perlu ada dengan mak. Dan sebab itulah aku fikir banyak benda. Lepas nieh, sape nak teman mak pegi pekan? Sape nak teman mak pegi beli kain? Sape nak teman mak pergi bank? Sape nak teman mak pergi kebun? Sape nak tolong pinjamkan mulut untuk leterkan my sis yang kadang-kadang malas basuh pinggan itu? Adik. Sape nak tolong adik buat homework dia? Sape nak suruh paksa adik pegi mandi lepas main kat kebun? Sape nak pujuk adik yang kadang-kadang malas wat homework dia? Sape nak teman adik tengah-tengah malam saat dia seorang yang belum mengantuk? Sape? Sebab tu, macam mana tak larat pun aku. Macam mana mengantuk pun aku, aku tetap akan teman mak dan adik bila keadaan membolehkan aku untuk berbuat begitu. Tapi, keadaan tak lagi mengizinkan aku untuk terus berbaut begitu. Aku harus kembali untuk mengapai apa yang aku impikan.Aku betul-betul down sekarang. Aku mahu berehat sebentar tanpa mahu berfikir tentang ini lagi. Apa pun yang akan berlaku esok, akan tetap berlaku. Tiada apa yang boleh berubah dan diubah. Lantas, redhakan saja pada jalan yang sudah termaktub. Tak payah berfikir untuk menidakkan hukum alam. T___T Semakin jauh menyusur matahari, Semakin aku hilang arah tujuku, Tidak kusangka yang terang akan suram, Meskipun intan bayangnya jua tak berwajah.
With Love; Nut Yaa 
E526: Jiwa Kacau
: 04:31 am
: 5 July 2009 | Sunday
: Hati Gundah-Gulana. What's going on, heart?
: -
: -
: Baju Tidur
: The Magician of Love Episode 3
: Jangan Kau Lepas by Alexa
Entahlah, tak tahu kenapa dengan hati hari ini. Tambah-tambah, bila terkenangkan yang sekarang sudah hari Ahad. Dan esok, dan lusa.... Arggghhh, aku benci tahu!!! Perasaan semua sudah jadi gundah-gulana. Aku resah dan gelisah. Aku rasa macam nak suruh Doraemon keluarkan Mesin Menghentikan Masa. Aku tak suka situasi begini. Tak suka! Tak suka tahu?
Bila dilanda keadaan ini, aku rasa semua benda yang aku buat sekarang adalah salah. Kenapalah aku rasakan hari kini berlalu begitu cepat? Aku tak sukalah macam nieh. On lappy, tak kena. Tengok movie, resah gelisah. On televisyen, rasa macam kotak bisu jerk. Huhuhu, kenapa dengan hati ini? Kenapa?
Aku dah lama tak rasa perasaan begini. Seingat aku, kali terakhir adalah ketika usia 13 tahun dahulu. Bila mana aku harus balik ke asrama yang aku rasa macam neraka dunia itu. Kenapa? Sebab, aku benci tengok muka seorang kawan yang mengaku kawan baik aku tapi dok jaja cerita bohong pasal aku pada semua orang terutamanya senior-senior bilik aku. I hate you!!! Dan di usia 20 tahun ini, aku harus laluinya sekali lagi. Ohhh, what the fish! *merengek* "Mak, tak nak balik boleh?" Dush! Terus dapat satu penumbuk free dari emak. Yelah! Yelah! Akak baliklah. Huhuhu... ( Cerita rekaan. Jangan percaya. )
Dah la, baik aku pergi tidur dari serabutkan kepala otak aku begini. Layan Cik Bantal dan Cik Comforter lagi bagus. Kerana mereka begitu memahami diriku. Nite. Sleep tight, sweet dream. Salam.
With Love; Nut Yaa 
All Right Reserved | Nut Yaa | 2009 Original Banner Picture: DeviantArt | Modified: Nut Yaa | Screen Resolution: 1024 x 768px | Best View: Firefox
|